Reinvent Next Official - Azizi Inspirasi Legasi
Alhamdulillah, satu lagi langkah besar dalam perjalanan hidup ini. Setelah lebih 10 tahun mengharungi cabaran—berhadapan dengan pelbagai kerja dalam industri berbeza, suasana mencabar, kegagalan, dan kejayaan yang membentuk diri ini—hari ini saya diberikan kesempatan untuk membina sesuatu yang lebih bermakna.
Dengan penuh rasa syukur dan semangat, saya memperkenalkan Azizi Inspirasi Legacy di bawah jenama ReiventNext—bukan sekadar sebuah syarikat, tetapi satu simbol perjuangan, pembelajaran, dan keinginan untuk mencipta perubahan. Baru berdaftar pada bulan Feburari, ia adalah satu lagi legasi yang cuba dikembangkan untuk membantu anak bangsa di Malaysia ini.
Lebih daripada itu, ini adalah sebuah penghormatan kepada ayahku, Azizi—seorang ayah, guru, dan idola yang sentiasa tersemat di hati. Beliaulah yang mendidik, membentuk, dan memberi inspirasi sejak kecil, mengajar erti keteguhan, kejujuran, dan keberanian dalam menghadapi dunia. Nilai-nilai yang beliau tanamkan menjadi tunjang kepada setiap langkah yang saya ambil hari ini.
Semoga perjalanan ini bukan hanya memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi juga menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin bangkit, membina impian, dan meninggalkan legasi mereka sendiri. Daripada Awan Dilangit Biru, maka terhasil lah satu legasi baru untuk meneruskan ke tahap profesional.
Perjalanan masih panjang, tetapi inilah langkah pertama. InsyaAllah
Mendidik, Membimbing, Membina Bangsa Kerana kita bangsa Merdeka
Comments
Post a Comment